Tuesday 2 April 2013

Cilantro or Daun Ketumbar



        Ketumbar (Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar nie berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya.

        Actually "Cilantro" atau ketumbar ni sama je. sape-sape pengemar masakan asia dan thai mesti tau daun ketumbar ni ape. so in details tentang "cilantro" ni ianya di bahagikan mengikut 3 bahagian utama yang ada rasa dan rahsianya tersendiri.

1) Daun Ketumbar
 Daun ketumbar lain rasanya dari benihnya, iaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamisDaun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan, hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole dari Mexico. Daun ketumbar yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari. Daun ketumbar selalu digunakan mentah-mentah atau dibubuh pada hidangan sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Dalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilangan besar dan dimasak hingga hilang rasanya.Daun ketumbar nie cepat rosak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan. so cara terbaik untuk menikmati daun ketumbar yang fresh adalah dengan memetik trus diri pokok. tapi sekarang dah senang je.pergi je Tesco ke, giant ke smua dah jual yang fresh lagi.


2)Buah Ketumbar
Buah ketumbar kering nie dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar nie bila dihancurkan rasanya seperti limau kerana hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.
Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, so cara terbaik dalah dengan menyimpan biji ketumbar yang fresh bila nak guna baru lah dikisar. bukan susahpun kan
Biji ketumbar dijadikan rempah dalam membuat garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat.
Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti rai sebagai pengganti jintan.
Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.
3)Akar ketumbar
Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya. Akar ketumbar digunakan untuk memasak pelbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan pes kari Thai.




Monday 1 April 2013

hiasan

                                                                    fruit carving



                                                                      table setting


                                                                 VIP table